16 July 2010

3 Months Of Love and Wishful Thinking. ^^

Salam~

Siapa sangka, selepas 9 bulan berada di bumi UK, kita akan rasa kekok sikit bila kembali di tanah air. Maklumlah, ada sesetengah benda yang kita akan rasa bezanya, baik di negeri sendiri, atau di mana-mana sahaja. Alhamdulillah, sampai jugak di Pusing, Perak, tempat kediaman yang sungguh di cintai. Bukan apa, sebab rindu kat adik-adik kat rumah, walaupun mungkin kita rasa 9 bulan tu jangka masanya pendek, tapi terubat jugak rasa rindu di dada.

Persoalannya, sekarang ni, siapa saya? :P Apa motifnya ada pada blog ni? Hajat hati hanyalah sekadar untuk menulis dan berbincang dan membetulkan diri sendiri. Maklumlah, manusia. Kita ni lemah. Kita kena selalu berdoa kat Allah.

Ha, meh kita baca sikit, apa yang saya rancang sikit nak tulis kt blog ni.


Soklan 1:
Kenapa S.M.I.L.E.S?

Jawapan: Title blog ni diberi nama macam ini, sebab ini mengambarkan who I am, and how I feel about things in general. Mesti tertanya-tanya, smiles atau senyum dalam bahasa Melayunya, bukankah kata kerja? Kenapa boleh digunakan jadi adjektif dan sebagainya? Sebenarnya, suka saya nak katakan kat sini, saya ni suka senyum dan rasa hari tak lengkap kalau tak senyum sehari. Senyumlah untuk apa sekalipun, dengan makcik jual nasi lemak depan kedai runcit HMS ke, ataupun, dengan adik2, Insyaallah, susah nak lari daripada "habit" yang kita biasa amalkan dari kecik.

Soklan 2:
Bahasa apakah yang bakal digunakan?

Jawapan: Kalau saya kata bahasa skema?
:P Rasanya, saya ini tak ada fokus untuk mementingkan pengunaan bahasa. For me, it's better for anyone to learn the content rather than focus on the way you say things. Lagipun, kita hidup dalam dunia pelbagai bahasa. Tak salah rasanya guna bahasa lain-lain, malah, kadang2, seronok belajar bahasa baru.

Soklan 3:
Topik?
Jawapan: Rasanya, untuk masa ini, saya hanya sekadar mencuba untuk taip mengenai kehidupan seharian, dan berkongsi sedikit pendapat mengenai dunia ini through my "eyes". Rasanya, selamat kot kalau nak kata, topik2 yang mengenai kehidupan seharian. Maybe, nak buat banyak refleksi diri dulu, sebelum boleh refleksi tentang benda lain.

Soklan 4:
Harapan?
Jawapan: Dengan begitu banyaknya blog-blog kawan2 kita di seluruh dunia ni sendiri, harapan saya hanyalah kecil; agar para pembaca dapatlah belajar sedikit apa yang saya alami, malah di alu-alukan jugak untuk comment andai kata kalau ada pendapat yang lain. Maklumlah, persepsi orang mengenai blog ni, blog ni sekadar untuk membaca. Tapi, saya rasa, blog ni adalah satu sumber untuk kta berkongsi pendapat, malah dapat mengenal hati budi dan menerima pendapat org lain. Best jgak kalau dapat sahabat2 baru. :)

Terima kasih jika anda membaca ni, moga-moga, Allah memberi kekuatan untuk saya terus menulis blog ni, dan sekarang ni pun tengah cuti 3 bulan, so, seronok juga andai dapat tulis banyak-banyak dan dapat dikongsi bersama masyarakat sekalian, benda-benda berfaedah. Insyaallah.

Yang Ceria,

-Hafiz-

1 comment: